Setiap hari di dada-dada akhbar isu kejayaan
usahawan tempatan sering menjadi isu yang sering hangat diperdebatkan.Hal ini
bermaksud bahawa usahawan merupakan salah satu penyumbang utama dalam ekonomi
negara kita. Usahawan ialah individu yang menggabungkan tiga faktor utama dalam
ekonomi iaitu tanah,buruh dan modal dalam mengeluarkan sesuatu proses
pengeluaran.Ganjaran kepada usahawan adalah untung kerana berani menanggung
risiko kerugian yang besar. Namun, tanpa semangat dan ciri-ciri usahwan yang
unggul, mereka sama sahaja seperti masyarakat yang lain mencari pendapatan demi
menyara kehidupan semata-mata. Persoalannya,apakah faktor-faktor kejayaan
seorang usahawan?
Seperti sifat
umum yang ada pada seseorang usahawan, usahawan yang ingin berjaya pada era
kini perlu mengambil risiko dan berani
berhadapan dengan risiko yang telah diperhitungkan. Seperti yang kita sedia
maklum bahawa hukum umum bagi sesuatu risiko, ialah semakin tinggi risiko,
semakin tinggi pulangannya dan sebaliknya. Namun begitu, pada zaman serba moden
kini, seseorang usahawan haruslah mengira dan memperhitungkan risiko yang bakal
dihadapi bagi mengelakkan kemungkinan kerugian pada masa hadapan. Tidak perlu
takut kepada kegagalan. “ Any mistake, is a income, is a wonderful
revenue for you “, Jack Ma. Tiada erti kegagalan di dalam kamus seorang
usahawan yang berjaya. Hidup ini umpama roda, ada masa kita diatas, ada masa
kita dibawah. Jika seseorang usahawan itu jatuh, dia pantas bangkit walaupun
dia tahu bahawa dia akan jatuh kembali. Semangat yang membara disertakan misi,
visi dan objektif yang dibawa mereka, telah melenyapkan perasaan takut mereka
untuk mengambil risiko dan menghadapi kegagalan.
Usahawan pada zaman Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ini, pastinya seseorang
yang dapat berfikiran bebas dan matang. Seseorang yang berfikiran bebas dapat
melihat, merebut dan menganalisis peluang yang ada dengan sendirinya. Usahawan
yang berfikiran ini akan sentiasa terbuka mindanya serta tidak mudah
dipengaruhi oleh anasir-anasir yang tidak sihat. Usahawan yang hebat sentiasa
menukarkan perkara yang negatif kepada positif. Misalnya, erti kegagalan yang
ditanam dalam kamus diri mereka tidak sama dengan erti gagal yang difahami oleh
orang lain iaitu kalah. Setiap kali mereka tidak mencapai sasaran perniagaan
mereka, itu tidak beerti mereka gagal, tapi mereka telah menemukan satu jalan
yang tidak akan mencapai sasaran jika menggunakannya. Semakin banyak seorang
usahawan itu gagal, maka semakin banyaklah pengaran yang dipelajari mereka dan
tidak akan mengulanginya lagi. “In young age, make enough mistake“,
Jack Ma. Usahawan adalah peneraju kejayaan sesebuah perniagaan. Dengan fikiran yang
terbuka dan sentiasa positif pada setiap keadaan, ini dapat menjadikan mereka
lebih berkeyakinan dalam dunia usahawan mereka. Usahawan akan menjadikan pendapat orang lain
seperti rakan kongsi, pengurus dan pekerja bawahannya sebagai panduan, idea
tambahan bagi mengembangkan lagi perancangan mereka yang penuh dengan inovasi
dan inovatif. Sentiasa berfikiran diluar kotak, diluar kemampuan orang lain
untuk berfikir juga salah satu jalan menuju kejayaan didalam dunia ‘entrepenuership’.
Selain itu, sifat kepimpinan adalah salah satu faktor seseorang usahawan
itu mencapai kejayaan. Sifat kepimpinan yang terdapat dalam diri usahawan
haruslah selari dengan matlamat dan visi perniagaannya. Ini kerana sifat
kepimpinan merupakan satu sifat yang amat penting bagi perkembangan sesebuah
perniagaan. Ini dapat dilihat melalui pengembangan perniagaan usahawan itu.
Pemimpin yang baik, dia mampu
mempengaruhi atau menguasai tingkah laku, tindakan dan keputusan pekerja
mereka. Seorang pemimpin perlu turun padang bagi memantau pekerja mereka dan
mengambil tindakan pembetulan terhadap kerja mereka jika perlu. Pekerja
sesebuah syarikat merupakan tulang belakang bagi seseorang pemimpin mengetuai
sesebuah syarikat itu untuk bersaing dengan syarikat yang lain dipasaran.
Perkongsian ilmu amatlah penting kerana itu merupakan satu pelaburan cara halus
bagi memperoleh hasil lebih baik pada masa akan datang. “A good boss will
teach you different knowledge”, Jack Ma. Dedahkan pekerja dengan ilmu
perniagaan, pemasaran dan sebagainya agar mereka turut merasai pengalaman
berada di dunia keusahawanan dan dalam masa yang sama turut memotivasikan diri
mereka untuk meningkatkan kualiti kerja. Pemimpin yang baik dapat mempengaruhi
pekerja mereka dan memberikan mereka berasa bahawa mereka juga sebahagian
daripada punca kejayaan syarikat, bukan sekadar pekerja biasa.
Bak kata Jack Ma, “forget about regret”. Fikirkan bahawa
kita mempunyai sepuluh hingga dua puluh tahun lagi untuk hidup. Penyesalan
bukanlah satu perkara yang perlu dirasai tetapi penyelesaian yang perlu dicari.
Usahawan yang berjaya tidak pernah berhenti berfikir cara untuk mengembangkan
perniagaan mereka kerana pulangan yang mampu diperoleh oleh seseorang usahawan
itu tiada hadnya. Dalam pada itu usaha
yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana
perjalanan yang beribu batu bermula dengan langkah yang satu.Jika kita
merancang tetapi malas berusaha,ini seakan-akan Mat Jenin dengan mimpinya.Oleh
itu kita mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan.
No comments:
Post a Comment