TOKOH DALAM DUNIA KEUSAHAWANAN
Thursday, 21 December 2017
Saturday, 4 March 2017
TINDAKAN BERETIKA
TINDAKAN BERETIKA
(tugasan)
Bagi
mereka yang bersifat negatif, persaingan dianggap sebagai penghalang. Bagi mereka yang
berfikiran sempit dan negatif, persaingan menjadi ancaman kepada diri dan boleh
memberikan suasana yang sukar untuk meraih kejayaan yang disasarkan. Pendirian
dan sikap sebegini menjadikan seseorang itu akan menganggap pesaing itu sebagai
musuh dalam pekerjaan. Maka, mereka sedaya-upaya akan sentiasa memikirkan cara
untuk memusnahkan pesaing-pesaing tersebut. Sikap itu lebih menonjol apabila
mereka ingin memenangi sesuatu persaingan dan tidak boleh atau tidak menerima
kekalahan.
Tindakan yang diambil oleh
pengurus produk Sedap itu dianggap tidak beretika kerana menyebabkan produk
Enak terhenti pengeluarannya selama sebulan dan menyebabkan produk itu rugi
sebanyak hasil jualan bagi satu bulan. Etika bermaksud satu sistem prinsip
moral dalam menentukan sesuatu perbuatan itu betul atau salah. Walaupun produk
Sedap tidak mensabotaj perniagaan produk Enak , tetapi tindakan yang diambil
oleh produk Sedap bertujuan untuk memperlahankan perniagaan syarikat produk
Enak. Ini dianggap tidak beretika kerana produk Sedap mempuanyai seribu cara
lain lagi untuk bersaing dengan produk Enak selain daripada tindakan yang
dilakukannya ini.
Perlakuan etika sering
dibelakangi apabila usahawan berdepan dengan isu keuntungan, merebut peluang
dan menghadapi persaingan. Contohnya, produk Sedap membeli botol kaca yang
digunakan oleh produk Enak daripada pengeluar botol yang sering menerima
tempahan daripada produk Enak. Aktiviti penghasilan botol kaca yang perlahan ditambah
lagi dengan tambahan pelanggan menyebabkan unit botol kaca adalah terhad.
Akibatnya produk Enak menghadapi kekurangan botol kaca dan tidak dapat
menjalankan perniagaannya tanpa botol kaca itu.
Produk Sedap seharusnya
bersaing dengan sihat iaitu bersaing bersama tanpa menjejaskan perniagaan orang
lain. Pengurus pemasaran bagi produk Sedap perlu merangka perancangan baru yang
lebih strategik bagi menghadapi persaingan yang diberikan oleh produk Enak.
Pengurus produk Sedap
perlu bijak untuk mencari peluang baru dalam perniagaan dengan cara belajar
daripada pesaing-pesaing untuk mencipta idea baru dan unik yang mungkin belum diketengahkan
lagi. Walau apa pun tindakan yang diambil,
pastikan keputusan itu benar-benar mengetahui kekuatan dan kelemahan yang ada
pada diri dan organisasi. Wujudkan suasana persaingan yang sihat.
Pengetahuan berkenaan dengan produk syarikat serta pasaran merupakan aset penting yang menentukan kejayaan sesebuah produk. Tanpa pengetahuan serta ilmu, syarikat tersebut tidak akan ke mana-mana. Ini penting kerana jika bakal pembeli bertanya maklumat lanjut berkenaan produk, kita mampu menjawabnya dengan penuh yakin dan keyakinan inilah yang akan membuatkan mereka membeli. Ada sesetengah pihak yang menganggap bahawa persaingan di pasaran ini ibarat seperti peperangan dan pesaing ibarat pihak musuh yang perlu dikalahkan.
Kesimpulannya, jika anda
menghadapi persaingan dalam perniagaan anda, ingatlah bahawa usah mudah
mengalah dan tidak yakin dengan keupayaan diri serta produk anda. Hilangkan
semua unsur-unsur negatif yang menghalang kejayaan anda dan berubahlah menjadi
lebih yakin serta lebih berwibawa. Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata
orang tapi jadikanlah diri kita terpengaruh dengan hasil kejayaan kita menjual
produk yang ditawarkan. Sesungguhnya itulah pendorong dan pencetus semangat
kita untuk bertindak ke arah mencari kejayaan.
Tuesday, 28 February 2017
TUGASAN KELAS
Pencemaran Air
Air merupakan sumber yang penting dalam
kehidupan kita iaitu sebagai seorang manusia. Air merupakan sumber semulajadi
kedua terpenting selepas oksigen kerana tanpa air dunia akan menjadi sebuah
planet yang tidak bernyawa. Air memang mutlak diperlukan dalam kehidupan
manusia dan makhluk hidup yang lain kerana manusia sendiri menggunakan 1,000
liter air setahun sebagai minuman. Tanpa air kehidupan tidak dapat diteruskan .
demikian juga dengan kehidupan kita seharian,air sangat diperlukan untuk
berbagai kegitana didalam pertanian, penternakan, pengangkutan dan di dalam
rumah tangga.
Menurut Wikipedia Bahasa
Melayu, pencemaran air adalah seperti kebocoran dan luahan bahan kimia ke dalam
sumber air atau fenomena eutrofikasi. Pencemaran air berlaku apabila perubahan
berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan
memberi kesan apabila digunakan. Pencamaran air bukan hanya berlaku di sungai
sahaja malah berlaku juga di laut dan ianya berlaku secara sengaja atau tidak.
Pencemaran air yang berlaku lebih kepada bahan pencemaran dari kilang.
Memandangkan dunia sekarang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar
dan berkesan bagi melindungi alam sekitar perlu diambil. Ia adalah
tanggungjawab bersama yang perlu diambil bahagian oleh semua pihak.
Berikut adalah beberapa
langkah yang perlu diambil oleh semua pihak iaitu menambah bilangan tong sampah
di pusat pengumpulan tong sampah. Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan
sampah yang lemah bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat
majlis perbandaran yang menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat.
Sehinnga ada pihak yang membuang sampah di sungai yang berdekatan kerana
kekurangan tempat pengumpulan sampah yang khas. Oleh itu, diperingkat sekolah mahupun
diperingkat daerah, pengurusan peletakan tong sampah perlu diambil kira. Tong
sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah
supaya sampah tidak melimpah.
Selain itu, pihak media juga perlu mengambil peranan dengan
mengadakan kempen kesedaran melalui
iklan television.Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang
bersikap tidak endah dengan persekitaran dan kesan terhadap persekitaran perlu
ditangani. Oleh itu, amat diharapkan kesedaran akan timbul dalam diri setiap
masyarakat akan buruknya kesan jika dibiarkan persekitaran terus dicemari.
Masyarakat harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung
hasil tindakan yang tidak bermoral dilakukan pada hari ini. Adalah menjadi
harapan agar individu mula mencerminkan diri dan mula mengambil tindakan yang
sebetulnya.
Oleh itu, adalah menjadi
tanggungjawab setiap masyarakat untuk
memastikan keadaan pencemaran alam sekitar berada pada tahap yang minimum.
Adalah malang jika kita menunggu sehingga keadaan menjadi parah ibarat telur di
hujung tanduk baru kita hendak berusaha mengawalnya. Keadaan menjadi tidak
berguna sekiranya nasi telah menjadi bubur.
Pencemaran Udara
Menghirup udara segar
adalah perkara yang amat diimpikan bagi masyarakat yang tinggal di bandar atau
kawasan perindustrian. Disebabkan telah lama tinggal dikawasan yang udaranya
dicemari, saluran penafasan mereka sudah lali dengan kualiti udara yang dihirup
mereka. Pencemaran udara merupakan masalah lingkungan
yang sangat menganggu kegiatan harian kita yang tinggal di lapisan atmosfera bumi ini. Punca berlakunya pencemaran
udara di bandaraya khususnya adalah disebabkan oleh beberapa faktor antaranya
adalah aktiviti perindustian kilang, pembakaran terbuka, asap rokok, kenderaan
motor dan pengguna hawa dingin.
Kenderaan bermotor merupakan punca utama
kepada isu pencemaran udara di kawasan bandaraya. Penggunaan kenderaan bermotor
seperti kereta dan motor sering melepaskan gas yang
mengandungi gas berbahaya atau bertoksik seperti karbon monoksida ke udara.
Selain itu, kenderaan yang tidak melakukan servis berkala turut mencemarkan
udara apabila kenderaan seperti ini melepaskan asap hitam yang berlebihan ke
ruang udara.
Selain itu, pembakaran
terbuka secara berleluasa juga merupakan antara salah satu faktor kepada
pencemaran udara di kawasan bandaraya. Contohnya, pembakaran terbuka seperti
dikawasan hutan atau di kawasan perumahan boleh menyebabkan masalah jerebu. Ini
disebabkan oleh asap hasil pembakaran terbuka beralih ke sekitar bandaraya mengikut
arah tiupan angin.
Disamping itu, aktiviti perindustrian yang pesat seperti di Kuala Lumpur menyebabkan pencemaran udara dikawasan ini semakin terjejas. Contoh aktiviti perindustrian seperti kilang pembuatan kereta, elektronik, dan penghasilan baja. Kilang biasaannya melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara.
Penggunaan sistem hawa dingin juga antara salah satu faktor pencemaran udara. Di Kuala Lumpur, hampir semua kediaman di bandaraya tersebut mempunya penghawa dingin penghawa dingin bagi mengelakkan cuaca panas terutamanya pada waktu malam. Namun, penggunaan penghawa dingin akan menyebabkan gas chlorofluorocarbon atau CFC terhasil dan ini akan menyebabkan lapisan ozon di udara akan bertambah nipis.
Selain itu, asap rokok juga
menyumbang kepada masalah pencemaran udara di bandaraya ini. Tabiat orang ramai
yang merokok ditempat awam seperti kawasan menunggu bas dan tempat riadah akan menjejaskan
tahap kualiti udara. Aktiviti merokok juga akan melepaskan asap toksik ke udara
dan membahayakan kesihatan orang sekeliling jika menghidu asap tersebut.
Oleh itu, adalah menjadi
tanggungjawab setiap masyarakat untuk
memastikan keadaan pencemaran alam sekitar berada pada tahap yang minimum.
Keadaan menjadi tidak berguna sekiranya nasi telah menjadi bubur.
Kehidupan Didominasikan Oleh Wang
Wang pada masa kini amat
penting kerana semua perkara memerlukan wang.
Wang adalah sebarang benda yang diterima umum oleh masyarakatsebagai
alat perantaraan pertukaran. Sifatnya yang diterima umum menyebabkan semua
masyarakat memerlukan wang bagi menjalankan sesuatu aktiviti urus niaga.
Penawaran wang yang terhad menyebabkan permintaan terhadap wang melebihi
penawaran wang di pasaran. Permintaan yang tinggi terhadap wang untuk
meneruskan kehidupan menyebabkan seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja
untuk mendapatkannya. Ini menunjukkan bahawa kehidupannya mula didominasikan
oleh wang sehingga menyebabkan seorang itu sanggup melakukan apa sahaja untuk
mendapatkannya.
Apa kelebihan memegang wang
yang banyak? Pada masa kini, seseoarang yang mempunyai wang yang banyak adalah
seseorang yang berkuasa kerana dia mampu lakukan apa sahaja dengan wang yang
dimiliknya. Perkara yang salah disisi undang-undang tidak akan dikenakan
tindakan oleh pihak yang berkuasa jika perlaku itu mempunyai banyak wang. Ini
kerana, golongan bawahan yang sedang memburu wang sanggup melakukan apa sahaja
samaada rasuah, penyelewengan, membunuh dan banyak lagi. Ini semua disbabkan
wang. Menerima wang daripada aktiviti yang keji seperti rasuah atau mencuri
adalah satu jalan pintas bagi memperoleh wang yang banyak, kadang-kadang
melebihi gaji bulanan yang diterima daripada majikan. Ini menunjukkan manusia
boleh menjadi seorang yang tidak berakal jika wang berjaya mendominasikan
kehidupannya ibarat lembu dicucuk hidung.
Wang sepatutnya digunakan
untuk perkara yang betul dengan cara yang betul. Terdapat ramai dermawan yang
mengagihkan wangnya kepada rumah anak yatim untuk dikongsikan kesenangan beliau
bersama mereka. Ini merupakan satu sikap yang amat mulia kerana disamping
melakukan kebajikan, ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara
masyarakat. Agama Islam amat menggalakkan umatnya supaya
hidup saling tolong-menolong, bantu-membantu ke arah kebaikan kerana dengan
demikian akan menimbulkan perasaan hormat-menghormati, kasih-mengasihi dan
sayang-menyayangi di antara satu sama lain. Disamping itu, menggunakan wang
pada jalan yang betul adalah seperti tidak menrima rasuah, tidak memberi
rasuah, tidak melaburkan wang kepada aktiviti yang tidak elok yang tidak dibenarkan disisi agama mahupun
disisi undang-undang.
Akhir sekali, jangan
mengejar wang kerana alat itu mampu membuatkan manusia yang cilik
penglihatannya menjadi seorang yang buta kerana terlalu mengejar wang sehingga
tidak mampu berfikir baik buruk sebelom membuat sesuatu keputusan.
NASIHAT JACK MA PADA USAHAWAN DAN PEMUDA
Setiap hari di dada-dada akhbar isu kejayaan
usahawan tempatan sering menjadi isu yang sering hangat diperdebatkan.Hal ini
bermaksud bahawa usahawan merupakan salah satu penyumbang utama dalam ekonomi
negara kita. Usahawan ialah individu yang menggabungkan tiga faktor utama dalam
ekonomi iaitu tanah,buruh dan modal dalam mengeluarkan sesuatu proses
pengeluaran.Ganjaran kepada usahawan adalah untung kerana berani menanggung
risiko kerugian yang besar. Namun, tanpa semangat dan ciri-ciri usahwan yang
unggul, mereka sama sahaja seperti masyarakat yang lain mencari pendapatan demi
menyara kehidupan semata-mata. Persoalannya,apakah faktor-faktor kejayaan
seorang usahawan?
Seperti sifat
umum yang ada pada seseorang usahawan, usahawan yang ingin berjaya pada era
kini perlu mengambil risiko dan berani
berhadapan dengan risiko yang telah diperhitungkan. Seperti yang kita sedia
maklum bahawa hukum umum bagi sesuatu risiko, ialah semakin tinggi risiko,
semakin tinggi pulangannya dan sebaliknya. Namun begitu, pada zaman serba moden
kini, seseorang usahawan haruslah mengira dan memperhitungkan risiko yang bakal
dihadapi bagi mengelakkan kemungkinan kerugian pada masa hadapan. Tidak perlu
takut kepada kegagalan. “ Any mistake, is a income, is a wonderful
revenue for you “, Jack Ma. Tiada erti kegagalan di dalam kamus seorang
usahawan yang berjaya. Hidup ini umpama roda, ada masa kita diatas, ada masa
kita dibawah. Jika seseorang usahawan itu jatuh, dia pantas bangkit walaupun
dia tahu bahawa dia akan jatuh kembali. Semangat yang membara disertakan misi,
visi dan objektif yang dibawa mereka, telah melenyapkan perasaan takut mereka
untuk mengambil risiko dan menghadapi kegagalan.
Usahawan pada zaman Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ini, pastinya seseorang
yang dapat berfikiran bebas dan matang. Seseorang yang berfikiran bebas dapat
melihat, merebut dan menganalisis peluang yang ada dengan sendirinya. Usahawan
yang berfikiran ini akan sentiasa terbuka mindanya serta tidak mudah
dipengaruhi oleh anasir-anasir yang tidak sihat. Usahawan yang hebat sentiasa
menukarkan perkara yang negatif kepada positif. Misalnya, erti kegagalan yang
ditanam dalam kamus diri mereka tidak sama dengan erti gagal yang difahami oleh
orang lain iaitu kalah. Setiap kali mereka tidak mencapai sasaran perniagaan
mereka, itu tidak beerti mereka gagal, tapi mereka telah menemukan satu jalan
yang tidak akan mencapai sasaran jika menggunakannya. Semakin banyak seorang
usahawan itu gagal, maka semakin banyaklah pengaran yang dipelajari mereka dan
tidak akan mengulanginya lagi. “In young age, make enough mistake“,
Jack Ma. Usahawan adalah peneraju kejayaan sesebuah perniagaan. Dengan fikiran yang
terbuka dan sentiasa positif pada setiap keadaan, ini dapat menjadikan mereka
lebih berkeyakinan dalam dunia usahawan mereka. Usahawan akan menjadikan pendapat orang lain
seperti rakan kongsi, pengurus dan pekerja bawahannya sebagai panduan, idea
tambahan bagi mengembangkan lagi perancangan mereka yang penuh dengan inovasi
dan inovatif. Sentiasa berfikiran diluar kotak, diluar kemampuan orang lain
untuk berfikir juga salah satu jalan menuju kejayaan didalam dunia ‘entrepenuership’.
Selain itu, sifat kepimpinan adalah salah satu faktor seseorang usahawan
itu mencapai kejayaan. Sifat kepimpinan yang terdapat dalam diri usahawan
haruslah selari dengan matlamat dan visi perniagaannya. Ini kerana sifat
kepimpinan merupakan satu sifat yang amat penting bagi perkembangan sesebuah
perniagaan. Ini dapat dilihat melalui pengembangan perniagaan usahawan itu.
Pemimpin yang baik, dia mampu
mempengaruhi atau menguasai tingkah laku, tindakan dan keputusan pekerja
mereka. Seorang pemimpin perlu turun padang bagi memantau pekerja mereka dan
mengambil tindakan pembetulan terhadap kerja mereka jika perlu. Pekerja
sesebuah syarikat merupakan tulang belakang bagi seseorang pemimpin mengetuai
sesebuah syarikat itu untuk bersaing dengan syarikat yang lain dipasaran.
Perkongsian ilmu amatlah penting kerana itu merupakan satu pelaburan cara halus
bagi memperoleh hasil lebih baik pada masa akan datang. “A good boss will
teach you different knowledge”, Jack Ma. Dedahkan pekerja dengan ilmu
perniagaan, pemasaran dan sebagainya agar mereka turut merasai pengalaman
berada di dunia keusahawanan dan dalam masa yang sama turut memotivasikan diri
mereka untuk meningkatkan kualiti kerja. Pemimpin yang baik dapat mempengaruhi
pekerja mereka dan memberikan mereka berasa bahawa mereka juga sebahagian
daripada punca kejayaan syarikat, bukan sekadar pekerja biasa.
Bak kata Jack Ma, “forget about regret”. Fikirkan bahawa
kita mempunyai sepuluh hingga dua puluh tahun lagi untuk hidup. Penyesalan
bukanlah satu perkara yang perlu dirasai tetapi penyelesaian yang perlu dicari.
Usahawan yang berjaya tidak pernah berhenti berfikir cara untuk mengembangkan
perniagaan mereka kerana pulangan yang mampu diperoleh oleh seseorang usahawan
itu tiada hadnya. Dalam pada itu usaha
yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana
perjalanan yang beribu batu bermula dengan langkah yang satu.Jika kita
merancang tetapi malas berusaha,ini seakan-akan Mat Jenin dengan mimpinya.Oleh
itu kita mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan.
Saturday, 25 February 2017
SABUN KUNING AJAIB (S.K.U.)
Saya rasa semua pelajar menghadapi masalah
serupa apabila membasuh baju kemeja terutamanya kemeja berwarna putih. Antara
bahagian yang sukar dibasuh adalah bahagian belakang lengan, tepi-tepi kocek,
leher baju dan dia bahagian ketiak. Misalnya tertumpah kuah kari, terkena air
milo atau teh’o atau kesan hitam yang disebabkan oleh daki dan peluh. Bagi
orang yang berkemampuan, kebanyakannya akan membuang baju tersebut atau
dijadikan kain buruk untuk kegunaan di dapur. Bagi yang kurang berkemampuan
pula, mereka akan sental kotoran yang terlekat pada baju tersebut sehingga
hilang kesan. Akibat sentalan yang agak kuat akan menyebabkan kain baju mula
renggang, lusuh dan rosak. Adakah sentalan yang kuat itu menjamin tiada kesan
yang akan tinggal pada pakaian tersebut atau sebaliknya ditambah lagi kesan
sentalan yang membuatkan pakaian tersebut rosak kainnya.
Sabun memainkan
peranan penting disamping teknik mencuci pakaian bagi memudahkan proses
mencuci. Dengan banyaknya jenis
deterjen yang ditawarkan di pasaran kini, isi rumah mungkin merasa keliru
hendak memilih yang mana. Sabun cuci pakaian atau yang biasa dikenal sebagai
deterjen dihasilkan dalam tiga format, iaitu buku, serbuk dan cecair.
Bagaimana anda memilih jenis sabun basuh baju? Adakah anda memilih sabun yang
wangi, atau anda mimilih sabun yang menghsailkan banyak buih atau juga anda
jenis seorang yang beli sabun murah tanpa mengambil tahu kesan buruk yang bakal
terjadi pada pakaian anda?
Pernah
cuba Sabun Kuning Unggul ? Apa itu Sabun Kuning Unggul ? Inilah rahsia turun
temurun daripada ibu ibu di kampung saya di Perak. Sewaktu sekolah dahulu, pada
hari isnin, pernahkah kamu lihat pakaian sekolah rakan kamu yang putihnya
seperti pakaian baru. Saya ada. Adakah dia setiap minggu beli pakaian? Adakah
ibunya membeli sabun basuh baju grad A yang penawarannya eksklusif sehingga
tiada siapa yang mengetahui tentang kewujudan sabun tersebut. Tidak, mereka
bukannya orang berada untuk membeli sabun yang mahal atau sabun yang diiklankan
di television. Mari saya kongsikan rahsia ibu ibu di kawasan kampung saya. Rahsianya
adalah mereka menggunakan Sabun Kuning Unggul. Saya ulangi, Sabun Kuning
Unggul. Habis semua masalah dapat diselesaikan, kolar baju yang bersih , tiada
kesan sos yang tertinggal pada baju dan pergelangan tangan baju yang bersih
tanpa sedikit pun kesan daki.
SABUN KUNING UNGGUL (S.K.U)
Semua
daki yang terlekat dapat ditanggalkan. Amat sesuai untuk digunakan bagi pakai
putih terutamanya. Cara basuhannya juga tidk sama dengan sabun yang lain kerana
sabun ini adalah istimewa yang mempunyai cara basuhannya yang tersendiri. Cara
basuhan menggunakan S.K.U. , pertama basahkan pakaian yang ingin dibasuh itu.
Kemudian, basahkan sabun S.K.U. dan gosokkan sabun S.K.U. diseluruh bahagian
baju. Lebihkan gosok sabun di bahagian kolar baju, pergelangan tangan baju, di
bahagian ketiak dan dia bahagian yang mempenyuai kotoran sos, pen atau
sebagainya. Selepas ratakan sabun tersebut diseluruh bahagian baju dengan sabun
S.K.U. , sebelahkan baju tersebut didalam baldi yang tiada air. Biarkan pakaian
tersebut selama sejam hingga dua jam. Selepas sabun itu kembang, ambil pakaian
tersebut terus berus pakaian tersebut. Bagi meningkatkan lagi kadar buih, boleh
lah letak sedikit air pada pakaian tersebut dan sambung memberus.
Kemudian,
selepas selesai memberus, cuci pakaian tersebut dengan air biasa. Lihat ,
kotoran sudah hilang, pakaian kekal putih dan warnanya kekal seperti pakaian
baru.
Kini
masalah kotoran di baju dapat diselesaikan dengan mudah tanpa memikirkan sabun
apa yang perlu di cuba lagi bagi menghilangkan kotoran tersebut. Mari dapatkan Sabun
Kuning Unggul bagi kesenangan anda. Kini kotoran pakaian pun hilang, hati pun
senang.
Subscribe to:
Posts (Atom)