Saturday, 25 February 2017

SABUN KUNING AJAIB (S.K.U.)


         Saya rasa semua pelajar menghadapi masalah serupa apabila membasuh baju kemeja terutamanya kemeja berwarna putih. Antara bahagian yang sukar dibasuh adalah bahagian belakang lengan, tepi-tepi kocek, leher baju dan dia bahagian ketiak. Misalnya tertumpah kuah kari, terkena air milo atau teh’o atau kesan hitam yang disebabkan oleh daki dan peluh. Bagi orang yang berkemampuan, kebanyakannya akan membuang baju tersebut atau dijadikan kain buruk untuk kegunaan di dapur. Bagi yang kurang berkemampuan pula, mereka akan sental kotoran yang terlekat pada baju tersebut sehingga hilang kesan. Akibat sentalan yang agak kuat akan menyebabkan kain baju mula renggang, lusuh dan rosak. Adakah sentalan yang kuat itu menjamin tiada kesan yang akan tinggal pada pakaian tersebut atau sebaliknya ditambah lagi kesan sentalan yang membuatkan pakaian tersebut rosak kainnya.


                

  
            Sabun memainkan peranan penting disamping teknik mencuci pakaian bagi memudahkan proses mencuci. Dengan banyaknya jenis deterjen yang ditawarkan di pasaran kini, isi rumah mungkin merasa keliru hendak memilih yang mana. Sabun cuci pakaian atau yang biasa dikenal sebagai deterjen dihasilkan dalam tiga format, iaitu buku, serbuk dan cecair. Bagaimana anda memilih jenis sabun basuh baju? Adakah anda memilih sabun yang wangi, atau anda mimilih sabun yang menghsailkan banyak buih atau juga anda jenis seorang yang beli sabun murah tanpa mengambil tahu kesan buruk yang bakal terjadi pada pakaian anda?




                    Pernah cuba Sabun Kuning Unggul ? Apa itu Sabun Kuning Unggul ? Inilah rahsia turun temurun daripada ibu ibu di kampung saya di Perak. Sewaktu sekolah dahulu, pada hari isnin, pernahkah kamu lihat pakaian sekolah rakan kamu yang putihnya seperti pakaian baru. Saya ada. Adakah dia setiap minggu beli pakaian? Adakah ibunya membeli sabun basuh baju grad A yang penawarannya eksklusif sehingga tiada siapa yang mengetahui tentang kewujudan sabun tersebut. Tidak, mereka bukannya orang berada untuk membeli sabun yang mahal atau sabun yang diiklankan di television. Mari saya kongsikan rahsia ibu ibu di kawasan kampung saya. Rahsianya adalah mereka menggunakan Sabun Kuning Unggul. Saya ulangi, Sabun Kuning Unggul. Habis semua masalah dapat diselesaikan, kolar baju yang bersih , tiada kesan sos yang tertinggal pada baju dan pergelangan tangan baju yang bersih tanpa sedikit pun kesan daki.

                                                


SABUN KUNING UNGGUL (S.K.U)


                Semua daki yang terlekat dapat ditanggalkan. Amat sesuai untuk digunakan bagi pakai putih terutamanya. Cara basuhannya juga tidk sama dengan sabun yang lain kerana sabun ini adalah istimewa yang mempunyai cara basuhannya yang tersendiri. Cara basuhan menggunakan S.K.U. , pertama basahkan pakaian yang ingin dibasuh itu. Kemudian, basahkan sabun S.K.U. dan gosokkan sabun S.K.U. diseluruh bahagian baju. Lebihkan gosok sabun di bahagian kolar baju, pergelangan tangan baju, di bahagian ketiak dan dia bahagian yang mempenyuai kotoran sos, pen atau sebagainya. Selepas ratakan sabun tersebut diseluruh bahagian baju dengan sabun S.K.U. , sebelahkan baju tersebut didalam baldi yang tiada air. Biarkan pakaian tersebut selama sejam hingga dua jam. Selepas sabun itu kembang, ambil pakaian tersebut terus berus pakaian tersebut. Bagi meningkatkan lagi kadar buih, boleh lah letak sedikit air pada pakaian tersebut dan sambung memberus.


Kemudian, selepas selesai memberus, cuci pakaian tersebut dengan air biasa. Lihat , kotoran sudah hilang, pakaian kekal putih dan warnanya kekal seperti pakaian baru.                                                                                                                                                                                                                     
Kini masalah kotoran di baju dapat diselesaikan dengan mudah tanpa memikirkan sabun apa yang perlu di cuba lagi bagi menghilangkan kotoran tersebut. Mari dapatkan Sabun Kuning Unggul bagi kesenangan anda. Kini kotoran pakaian pun hilang, hati pun senang.





4 comments:

  1. boleh cuba nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Terbaikk sabun nii 👍🏻

      Delete
  2. Artikel yang baik, Pernahkah anda mendengar tentang LFDS (Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian, E-mel: lfdsloans@outlook.com --WhatsApp Hubungi: +1-9893943740--lfdsloans@lemeridianfds.com) adalah sebagai perkhidmatan pendanaan Amerika Syarikat / UK yang mereka memberikan saya pinjaman $ 95,000.00 untuk melancarkan perniagaan saya dan saya telah membayarnya setiap tahun selama dua tahun sekarang dan saya masih mempunyai 2 tahun lagi walaupun saya senang bekerja dengan mereka kerana mereka adalah pemberi pinjaman Pinjaman tulen yang boleh memberi pinjaman kepada anda.

    ReplyDelete