Saya rasa semua pelajar menghadapi masalah
serupa apabila membasuh baju kemeja terutamanya kemeja berwarna putih. Antara
bahagian yang sukar dibasuh adalah bahagian belakang lengan, tepi-tepi kocek,
leher baju dan dia bahagian ketiak. Misalnya tertumpah kuah kari, terkena air
milo atau teh’o atau kesan hitam yang disebabkan oleh daki dan peluh. Bagi
orang yang berkemampuan, kebanyakannya akan membuang baju tersebut atau
dijadikan kain buruk untuk kegunaan di dapur. Bagi yang kurang berkemampuan
pula, mereka akan sental kotoran yang terlekat pada baju tersebut sehingga
hilang kesan. Akibat sentalan yang agak kuat akan menyebabkan kain baju mula
renggang, lusuh dan rosak. Adakah sentalan yang kuat itu menjamin tiada kesan
yang akan tinggal pada pakaian tersebut atau sebaliknya ditambah lagi kesan
sentalan yang membuatkan pakaian tersebut rosak kainnya.
Sabun memainkan
peranan penting disamping teknik mencuci pakaian bagi memudahkan proses
mencuci. Dengan banyaknya jenis
deterjen yang ditawarkan di pasaran kini, isi rumah mungkin merasa keliru
hendak memilih yang mana. Sabun cuci pakaian atau yang biasa dikenal sebagai
deterjen dihasilkan dalam tiga format, iaitu buku, serbuk dan cecair.
Bagaimana anda memilih jenis sabun basuh baju? Adakah anda memilih sabun yang
wangi, atau anda mimilih sabun yang menghsailkan banyak buih atau juga anda
jenis seorang yang beli sabun murah tanpa mengambil tahu kesan buruk yang bakal
terjadi pada pakaian anda?
Pernah
cuba Sabun Kuning Unggul ? Apa itu Sabun Kuning Unggul ? Inilah rahsia turun
temurun daripada ibu ibu di kampung saya di Perak. Sewaktu sekolah dahulu, pada
hari isnin, pernahkah kamu lihat pakaian sekolah rakan kamu yang putihnya
seperti pakaian baru. Saya ada. Adakah dia setiap minggu beli pakaian? Adakah
ibunya membeli sabun basuh baju grad A yang penawarannya eksklusif sehingga
tiada siapa yang mengetahui tentang kewujudan sabun tersebut. Tidak, mereka
bukannya orang berada untuk membeli sabun yang mahal atau sabun yang diiklankan
di television. Mari saya kongsikan rahsia ibu ibu di kawasan kampung saya. Rahsianya
adalah mereka menggunakan Sabun Kuning Unggul. Saya ulangi, Sabun Kuning
Unggul. Habis semua masalah dapat diselesaikan, kolar baju yang bersih , tiada
kesan sos yang tertinggal pada baju dan pergelangan tangan baju yang bersih
tanpa sedikit pun kesan daki.
SABUN KUNING UNGGUL (S.K.U)
Semua
daki yang terlekat dapat ditanggalkan. Amat sesuai untuk digunakan bagi pakai
putih terutamanya. Cara basuhannya juga tidk sama dengan sabun yang lain kerana
sabun ini adalah istimewa yang mempunyai cara basuhannya yang tersendiri. Cara
basuhan menggunakan S.K.U. , pertama basahkan pakaian yang ingin dibasuh itu.
Kemudian, basahkan sabun S.K.U. dan gosokkan sabun S.K.U. diseluruh bahagian
baju. Lebihkan gosok sabun di bahagian kolar baju, pergelangan tangan baju, di
bahagian ketiak dan dia bahagian yang mempenyuai kotoran sos, pen atau
sebagainya. Selepas ratakan sabun tersebut diseluruh bahagian baju dengan sabun
S.K.U. , sebelahkan baju tersebut didalam baldi yang tiada air. Biarkan pakaian
tersebut selama sejam hingga dua jam. Selepas sabun itu kembang, ambil pakaian
tersebut terus berus pakaian tersebut. Bagi meningkatkan lagi kadar buih, boleh
lah letak sedikit air pada pakaian tersebut dan sambung memberus.
Kemudian,
selepas selesai memberus, cuci pakaian tersebut dengan air biasa. Lihat ,
kotoran sudah hilang, pakaian kekal putih dan warnanya kekal seperti pakaian
baru.
Kini
masalah kotoran di baju dapat diselesaikan dengan mudah tanpa memikirkan sabun
apa yang perlu di cuba lagi bagi menghilangkan kotoran tersebut. Mari dapatkan Sabun
Kuning Unggul bagi kesenangan anda. Kini kotoran pakaian pun hilang, hati pun
senang.
boleh cuba nie
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteTerbaikk sabun nii 👍🏻
DeleteArtikel yang baik, Pernahkah anda mendengar tentang LFDS (Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian, E-mel: lfdsloans@outlook.com --WhatsApp Hubungi: +1-9893943740--lfdsloans@lemeridianfds.com) adalah sebagai perkhidmatan pendanaan Amerika Syarikat / UK yang mereka memberikan saya pinjaman $ 95,000.00 untuk melancarkan perniagaan saya dan saya telah membayarnya setiap tahun selama dua tahun sekarang dan saya masih mempunyai 2 tahun lagi walaupun saya senang bekerja dengan mereka kerana mereka adalah pemberi pinjaman Pinjaman tulen yang boleh memberi pinjaman kepada anda.
ReplyDelete